Nizar Jamaluddin digambarkan sebagai gila kuasa dan tidak pandai mentadbir dan mengetahui peraturan dan undang2 kerana tindakannya mengeluarkan arahan 'mengosongkan pejabat 24jam'...
Berita pertukaran tersebut membuatkan majoriti kakitangan JAIPk di Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab bergembira dengan nada tenang...tanda kesyukuran tersebut dipamerkan dengan beberapa ikat pisang disedekahkan kepada kakitangan JAIPk dikaunter setiap Bahagian JAIPk pada 30hb April....
Alih2...berita gembira tersebut membuatkan ramai terpancul keluar beberapa ulas pisang yang telah ditelan dengan titah perintah DYMM Sultan / DYTM RM Perak agar arahan tersebut ditarik balik pada 2hb Mac...
Atas titah perintah tersebut membuatkan sebahagian warga JAIPk yang bernaung dengan Persatuan Pegawai Ugama Perak (PPUP) membuat memorandum kepada DYMM Sultan / DYTM RM Perak untuk membantu YAB MB Perak diatas ketepatan tindakannya dan mengemukakan beberapa kewarasan tindakan serta salah laku Jamry Sury...
Semuanya dilakukan bagi menjunjung titah perintah DYMM Sultan / DYTM RM Perak...kerana tuanku DYMM Sultan / DYTM RM Perak mahukan kerajaan negeri Perak mempersembahkan secara rasmi kepada tuanku sekiranya terdapat sebarang pelanggaran peraturan dan kesalahan oleh Jamry terhadap pentadbiran kerajaan negeri untuk Baginda menitahkan proses undang-undang selanjutnya.
Jamry bersama kuncu2nya mungkin berasa selesa dengan titah perintah penarikan semula tersebut...satu kemenangan moral buat mereka...Jamry seolah2 digambarkan sebagai begitu akrab dengan istana...digambarkan begitu kebal untuk dinyahkan dari JAIPk...walaupun 2-3 kali pertemuan dengan Nizar dalam usaha mendapatkan kerjasama bagi menjalankan perubahan dalam misi dakwah Islamiyyah di negeri Perak ini...
Begitulah hikmahnya YAB MB Perak dalam memohon mendapatkan kerjasama dari 'jeneral-jeneral'nya dalam usaha membuat percaturan perubahan bagi merealisasikan kerajaan yang 'adil, amanah, telus, berwibawa & berkebajikan' buat negeri Perak ini....
Tapi pelik bin ajaib....kebanyakan 'jeneral' yakni ketua2 jabatan negeri mahupun persekutuan memberikan respon, kerjasama dan memahami hasrat tersebut...ketua letriknya...ketua jalannya...ketua haiwannya...ketua hutannya...mereka semuanya patuh...tapi....ketua hal ehwal agama sebaliknya????!!!....malu kita dengan 'orang utan' di hutan2 tu...'mereka' berbangga dengan sikap patuh ketua hal ehwal kehaiwanan mereka...hahaha....
Kini telah hampir sebulan berlalu...mungkin isu Jamry ini sudah terpadam dek berita2 hangat yang menenggelamkan nama Jamry dengan nama Mahathir Mohammad, Karpal Singh, Linggam dan terbaru nama Ezam Mohd Nor pula...
Sekian lama kita menanti dengan penuh sabar dan dalam tempoh kesabaran tersebut pihak kerajaan ditohmah seolah2 tidak pandai memerintah...tapi semalam yakni 29hb Mei kesabaran itu berakhir...26hb Mei, Jamry meluahkan rasa kerisauannya untuk mengadap tuanku DYMM Sultan / DYTM RM Perak....kerisauan tersebut berasas....
Asasnya, aku menerima SMS dari sahabat di Ipoh pada 29/05/2008 jam 5.47 petang...messagenya 'Tuanku telah titahkan supaya Jamry ditukarkan dari JAIPk keluar dari negeri Perak'....adakah begitu proses undang2 yang Baginda Tuanku DYMM Sultan / DYTM RM Perak telah jatuhkan kepada seorang yang bernama Jamry Bin Sury????....
Ke mana arah Jamry selepas ini???...adakah ada negeri2 di bawah Pakatan Rakyat mahu menerimanya??...jika begitu titah Baginda DYMM Sultan / DYTM RM Perak menggambarkannya dinyah keluarkan dan seolah2 dilucutkan kerakyatan di bawah DYMM Sultan Perak???...
Jika semua itu benar berlaku...aku mengucapkan "Selamat maju jaya Dato' J!!!!!"....
No comments:
Post a Comment