Wednesday, May 14, 2008

Mengenang Rasulullah saw.

Ketika masyarakat Arab digelumangi najis dosa jahiliyah,Kau lahir dari rahim seorang perempuan bernama Aminah.

Ketika dirimu dilahirkan,api orang-orang Majusi terpadam.Tatkala dua belas tahun kau dibawa berdagang hingga ke Syam.

Kau pernah turut mengangkat batu-batu membina Kaabah.Rumah Allah yang pernah mahu diruntuhkan Abrahah.

Pernah kau tinggalkan kambingmu kerana mahu ikut berhibur.Tapi dirimu sentiasa dipelihara dan Allah membuat kau tertidur.

Kau diutuskan menyampaikan kebenaran kepada yang tersesat.Sebarkan Islam dan kitab al-Quran dengan bantuan ribuan sahabat.

Dirimu dituduh sebagai penyair serta dikata nujum dan gila.Padahal setiap katakatamu dari Allah swt jualah datangnya.

Bila wahyu tiba,memang kau mengaku tidak tahu membaca.Dan terbuktilah bahawa al-Quran itu bukan kau yang cipta.

Dalam rangkulan Aisyah kau dipanggil mengadap Allah swt.Kami bercita-cita ingin bertemumu di taman-taman jannah.

Ramai yang terkejut dan hiba juga tidak percaya,termasuk Umar .Setelah mendengar keluh kesan,berkata-katalah Abu Bakar.

"SIAPA MENYEMBAH MUHAMMAD,SESUNGGUHNYA MUHAMMAD TELAH MATI.TETAPI SIAPA YANG MENYEMBAH ALLAH SWT,ALLAH ITU HIDUP DAN TIDAK AKAN MATI."

Ia merupakan hasil pena saudara Salman Sulaiman dr Kelantan, yg tersiar dlm Majalah I. Bila terbaca,rasa cam terharu pulak, mungkin kerana ianya menyusuri kehidupan Rasulullah saw.Rasanya sesuai jugak posting dlm blog nie, buat tatapan pengunjung semua.Moga2 sedikit sebanyak, mengingatkan kita akan kekasih Allah swt.

No comments: