Saya nukilkan respon Tuan Guru Dato' Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat mengenai perjuangan bangsa dalam akhbar Mingguan Wasilah edisi 25-31 Mei 2008 dalam m/s 7:
"Saya tidak setuju benar dengan ketuanan Melayu. Itu menimbulkan iri hati dikalangan bangsa. Katalah saya ini orang Cina, macam mana saya tidak iri hati bila orang Melayu sebut ketuanan Melayu. Cina pun (satu) bangsa juga, ada tulisan dan budaya sendiri yang beribu tahun lebih awal."
"Ketuanan Melayu ini perkara tidak boleh jadi. Saya awal2 lagi kata jangan sebut. Saya jadi Melayu ini kerana kebetulan. Cina jadi Cina kebetulan. Orang Indian jadi India kebetulan. Kebetulan ini tidak ada nilai atau kelebihan. Yang ada nilai adalah usaha kita. Usaha kita cari harta, cari ilmu."
"Adakah orang Melayu akan lebih daripada orang Cina di akhirat? Tidak. Yang lebih mulianya adalah orang yang bertaqwa kepada Allah. Taqwa ini barang ikhtiar (kena usaha) bukan barang kebetulan. Orang Melayu sekrang ini mereka hanya kebetulan jadi Islam. Ibu ayah mereka Islam. Nenek moyang Islam, maka mereka pun Islam sama. Bukan dapat Islam itu kerana usaha mereka mengaji."
"Perpaduan (bangsa) Arab tidak ada dalam Islam. Perpaduan yang wujud adalah titik Islam. Islam merupakan titik pertemuan yang dapat diterima semua. Orang Melayu boleh terima Islam. Cina (di China) pun sudah lama terima Islam. India sudah terima Islam."
"Jadi kerana apa kita di Malaysia tempat negaranya kecil, bangsanya ramai, kenapa tidak dipergunakan titik Islam ini menjadi titik pertemuan. Kenapa dibesar2kan bangsa?"
"Jadi sebab itu saya nasihatkan jangan sebut (soal) bangsa. Orang Melayu yang Allah sudah beri kepada dia Islam mesti timbulkan Islam supaya orang Cina (dan India) pun boleh terima. Melayu tak boleh jadi Cina. Cina tak boleh jadi Melayu. Tapi Melayu boleh jadi Islam dan Cina boleh jadi Islam."
"Orang Melayu yang sudah reti Islam dan Cina yang sudah Islam kita (sama2) timbulkan Islam. Kalau boleh orang Cina sendiri buat masjid di Kelantan. Imamnya bangsa Cina. Saya pun boleh jadi makmum di belakang Cina itu."
--------------------------------------------------
Itulah kata2 Tok Guru yang didasari dengan firman Allah SWT dalam Surah al-Hujurat, ayat 13 yang berbunyi:
) يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُمْ مِنْ ذَكَرٍ وَأُنْثَى وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِنْدَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ
Maksudnya: "Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa - bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal."
Nilaian rupa paras dan bentuk kita sama saja di sisi Allah SWT tetapi yang dibezakan adalah dari segi usaha mencapai taqwa kepadaNya sebagaimana sabda Nabi SAW yang bermaksud "Sesungguhnya Allah SWT tidak melihat/menilai kepada rupa paras kamu tetapi Allah SWT melihat/menilai kepada hati2 kamu dan amal perbuatan kamu".
Oleh yang demikian...apa kaitan title post ini yang mengaitkan 'Perjuangan Bangsa = Perjuangan Sarkis' ????....he he he....sila klik ke ruangan ini untuk menerima petikan filem 'Pendekar Bujang Lapok':
Intisarinya -
"Ehh Sudin, ini bacanya apa macam, bacanya?"
"Alif mim nun wau, alif tendang wau, sarkis daa..."
"Apalah sarkissss?"
"Ehh... tulisnya itu panjang, bacanya sikit sarkis?!"
"Itu yang panjang itu bunga saje. Yang sikit tu lah sarkis. Tak reti?!"
"Tulis pakai bunga?!"
"Habis?! Takkan hutang saja pakai bunga?"
Syahidnya di sini:
Alif Mim Nun Wau = UMNO = Perjuangan Bangsa = Perjuangan Sarkis
No comments:
Post a Comment