Friday, May 9, 2008

Kejayaan Ekspo Gaya Hidup Muslim - Siri 1


Segala pujian hanya bagi Allah, tuhan yang mencipta dan pemilik bagi sekalian alam, yang berkuasa ke atas segala sesuatu dan maha pemurah untuk sekalian mahkluknya. Ku panjatkan kesyukuran dan kepujian ini ke hadrat Ilahi dan ku sampaikan selawat dan salam sejahtera buat kekasihNya.

Maha suci tuhan yang telah memperkenankan hamba2Nya melaksanakan tugasan ‘amru bil makruf dan nahyi a’nil munkar’. Alhamdulillah, bulan April yang lepas aku bersama sahabat2 dari Pejabat Pentadbiran Daerah P.Hulu bersama dari badan ngo’s Islam iaitu JAMA’IY dan PAKSI serta sahabat2 dari masjid dan SRAR di daerah ini bekerjasama menjayakan satu program yang besar dan mencabar buat tahun ini.

Berpegang kepada konsep dalam firman Allah SWT:

تَعْتَدُوا وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَى وَلا تَعَاوَنُوا عَلَى الإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ

Yang bermaksud: Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya. (Al-Maidah – 2)

Atas kefahaman dan perintah Allah SWT ini, hasil gabungan tenaga, keupayaan dan kepakaran maka terhasillah sebuah majlis yang diberi nama ‘Ekspo Gaya Hidup Muslim’. Bukan bertujuan untuk menandingi program yang besar dan hebat tajaan seperti ‘Jom Heboh’ dan pelbagai karnival lainnya, tapi hanya berhadaf tujuannya mencari keredhoan Ilahi.

Apabila ia bertujuan dan berobjektifkan mahu mendapatkan keredhoan Ilahi maka pengisian yang dirancang dalam ekspo selama 3 hari tersebut yang bermula dar 25hb – 27hb April yang lalu adalah yang menampilkan sesuatu yang bukannya berbentuk komersial semata walaupun komersial itu diperlukan satu ketika nanti.

Apa yang utama pengisiannya perlu selari dengan panduan agama dan audien yang hadir mendapat input dan panduan yang berguna buat pedoman diri dan keluarga terutamanya. Pelbagai segmen yang cuba diketengahkan oleh penganjur kepada masyarakat mengenai gaya hidup seorang muslim untuk dihayati oleh pengunjung ekspo tersebut, antaranya ialah:
1) Gaya Hidup Keilmuan Islam
2) Gaya Hidup Ekonomi Islam
3) Gaya Hidup Sosial/Kesukanan Islam
4) Gaya Hidup Kesenian Islam

Alhamdulillah, penganjuran ini memberi satu pengalaman berharga buat kami. Hendak membuat sesuatu atas nama produk Islam kini menjadi satu kepelikan bagi masyarakat. Jika atas nama ‘Dosa dan Pelanggaran’ menjadi satu kebiasaan dan kehendak.

Cabaran melaksanakan program ini cukup hebat juga, tapi berkat perpaduan dan hikmah melakukan syura hasilnya cukup lumayan kerana tujuan utama mahu mendapat keredhoaan Ilahi. Inilah keberkatan dari melakukan syura sebagaimana firmanNya:

وَالَّذِينَ اسْتَجَابُوا لِرَبِّهِمْ وَأَقَامُوا الصَّلَاةَ وَأَمْرُهُمْ شُورَى بَيْنَهُمْ وَمِمَّا
رَزَقْنَاهُمْ يُنْفِقُونَ
Maksudnya: Dan (bagi) orang-orang yang menerima (mematuhi) seruan Tuhannya dan mendirikan shalat, sedang urusan mereka (diputuskan) dengan musyawarat antara mereka; dan mereka menafkahkan sebagian dari rezki yang Kami berikan kepada mereka. (Syura - 38)

No comments: