Sunday, August 24, 2008

Mesej Penting Dari Permatang Pauhh...

Petang semalam gi Kubang Semang dalam Parlimen Permatang Pauh...udah dok dekat nie...nak jugak rasa bahang p/raya kecil Permatang Pauh...ada program Malam Munajat Ummah 2008 dari 22-24hb Ogos 2008 yakni ari Jumaat - Ahad..

Malam kedua tetamu istimewa ialah Tuan Guru Dr Harun Din & Tuan Guru Datuk Seri Hj Hadi Awang...kedua2nya berjawatan Timbalan Mursyidul Am PAS & Presiden PAS...selain dr 2 tetamu tersebut....ceramah perdana tersebut turut dihadiri oleh saudara Azmin Ali dan juga calon Parlimen Permatang Pauh...iaitu saudara Dato' Seri Anwar Ibrahim...

Sempat ler dengar 2 tamu istimewa tersebut berceramah di Taman Guar Perahu...bila nak masuk kepada saudara Azmin...hujan mula menitik...terpaksa ler aku balik...sebab bawa si 'anak coyeh abah' tu...

Macam2 cerita dari org Permatang Pauh aku dapat...antaranya...

1) Siapa hadiri ceramah BN...sila daftar nama untuk perolehi RM100...ada saudara tu..untuk 1 hari, 3 tpt ceramah dia pegi...maka dapat ler isi poket 1 malam = RM300...

2) Nak masuk Permatang Pauh...segala jalan terdapat 'road block'....tidak cukup dengan kawalan di darat...di udara juga terdapat helikopter membuat kawalan...segala 'black maria' bertumpu di Permatang Pauh...

3) Anak muda tak kira hujan...tetap berkonvoi dengan kibaran bendera PKR, PAS & DAP...manakala budak2 sekolah rendah dengan berbasikal pacak bendera BN...

4) Di pekan Kubang Semang, segala simpang jalanraya penuh sesak dengan kenderaan...dapat aku rasakan..pada 26hb nanti...pasti akan berlaku sesuatu diluar jangka...kerana segala jenis manusia akan memberi tumpuan di sana....

5) Dapat digambarkan seolah2 seorang penjenayah akan menakluki M'sia...

Di sini aku lampirkan segala mesej yang aku terima dari Permatang Pauh untuk kita kongsi bersama...sila buat paparan di blog anda dan kirimkan mesej ini...sila buat kerja!!!...sekrg2nya kita ada saham ke arah pembentukan 'Malaysia Baru'...

Risalah 1: Janji Anwar


Risalah 2:Janji Anwar


Risalah 3: Tawaran Turun Harga Minyak Petrol


**Risalah 4: Tawaran Turun Harga Minyak Petrol


**Risalah 5: Apa Kata Ulama' Tentang Fitnah Terhadap DSAI


**Risalah 6: Apa Kata Ulama' Tentang Fitnah Terhadap DSAI

No comments: