Tuesday, August 5, 2008
TeLuR BungKuS
Telur bungkus nie dah penah buat , tp x penah2 elok bungkusnya..selalu koyak rabak jer..hihi..dtg mood nak buat nie bila tgk kat umah k ummi. Resipi ni pun dr umah kak ummi..pastu bila wat..sib baik ler ok skit..xde koyak2 dah..rasa bestt sgt sbb 1st time jadi..
Bahan:-
5 biji telor (Ida guna 3 jer)
200 gm daging lembu - direbus & dicincang ( Ida campur ngan ayam skit)
200 gm sayur campur (guna jagung ngan carrot jer)
3 ulas bwang putih - cincang
1 labu bawang besar - potong dadu
1 cm halia - cincang ( x msuk pun )
1 sudu besar oyster sauce
2 sudu besar sos tomato (Ida letak sos sweet sour ngan sos cili)
sedikit garam dan gula
Cara Memasak:-
Tumis bawang putih hingga wangi kemudian masukkan bawang besar. Kemudian tambahkan sos, garam dan sayuran campur serta cili. Kacau sebentar dan tutup api. Ketepikan. Pukul telor hingga kembang, panaskan kuali non-stick leper, dan tuang sebahagian telor (nipis sahaja) dan masaklah seperti buat telor dadar. Bila hampir masak, letakkan inti tadi di tengah-tengah dan lipatkan telor dengan kemas supaya intinya tidak terkeluar.
Labels:
Resipi-Lauk Pauk
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment