Saturday, August 23, 2008

Tuduhan Liwat, Sumpah & Qazaf....mari kita bicara..


Aku cuba petik danringkaskan isu sumpah si budak teruna yang tak berapa nak 'sunti' tu...atau yang dah 'bocoq' tu...dengan satu sumber nie... dari B/Harian, bertarikh 19hb Ogos 2008, hari Selasa di m/s 14, bertempat di Kuala Lumpur.

Kenyataan ini dari Klinik Hukum Syara' & Guaman Syar'ie, Jabatan Syariah, Fakulti Pengajian Islam, UKM mengeluarkan resolusi pada 18hb Ogos 2008 hari Isnin. Resolusi mengenai perkara sumpah si Saiful Bukhari (pendakwa/plaintif/penuduh) dalam kes dakwaan dirinya diliwat oleh saudara Anwar Ibrahim (OKT/defenden).

1) Mendakwa diri diliwat(pendakwa/saiful/penuduh)
a- kena mengemukakan 4 orang saksi lelaki yang cukup syaratnya
b- boleh kemukakan sebarang bukti di mahkamah untuk menyokong dakwaannya
c- jika tidak dapat kemukakan saksi dan bukti - dianggap tuduhan Qazaf

2) Apa itu Qazaf??..Siapa yang melakukan Qazaf??..

a- pendakwa/penuduh yang tak dapat mengemukakan 4 orang saksi lelaki
b- pendakwa/penuduh boleh minta mahkamah OKT (yang dituduh meliwat/anwar) bersumpah bahawa OKT tidak meliwat pendakwa/saiful/penuduh

3) Jika OKT/Anwar bersumpah
a- Pendakwa/penuduh dikenakan hukuman qazaf

4) Jika OKT/Anwar tidak bersumpah
a- pendakwa/penuduh kena bersumpah bahawa dia benar dengan tuduhannya itu
b- maka tuduhan qazaf gugur kepada pendakwa/penuduh
c- tuduhan liwat kepada OKT/Anwar tidak sabit walaupun pendakwa/penuduh bersumpah

5) Sumpah dalam kes Qazaf
a- hanya ada dalam mazhab Syafie
b- boleh dilakukan selepas pendakwaan di mahkamah
c- sumpah tak boleh ada unsur laknat (hanya dalam kes Li'an sahaja yakni hubungan suami & isteri)
d- sumpah memegang/letak tangan atas Quran tidak disyariatkan

6) Pembuktian Qazaf - kena ikut tertib pembuktian
a- orang yang mendakwa menjadi mangsa tuduhan Qazaf (OKT/Anwar)perlu kemukakan 2 orang saksi lelaki yang mencukupi syarat - sbg membuktikan kesahihan dakwaaannya
(yakni tidak benar dakwaan pendakwa/penuduh/saiful)

b- pengakuan orang yang didakwa membuat tuduhan Qazaf diambil kira
(yakni pengakuan pendakwa/penuduh/saiful)

c- tuduhan/pembuktian Qazaf disabitkan dengan sumpah
(yakni ketika orang yang dituduh meliwat/anwar tidak dapat mengemukakan dua saksi atau pengakuan orang yang menuduhnya/saiful)

Begitulah kenyataan dari sumber rujukan asal.
----------------------------------------------------------------------------------------------

Sebenarnya...dalam bab sumpah-menyumpah nie...kalo dalam pengajian syariah...ada satu subjek penting untuk diambil oleh mereka yang berkelulusan fiqh dan usul fiqh...iaitu subjek/madah yang dikenali sebagai Feqh Aiman Wan Nuzur... atau Feqah Sumpah & Nazar

Satu subjek tu perlu dikhatamkan dalam satu semester...4 bulan punyer cerita...bukannyer main gi dok depan kamera, sebut nama Allah, dok dalam masjid, pegang Quran dan baca entah apa2...kira dipihak benar dah...

Apa yang dapat aku simpulkan secara ringkas disini ialah tentang keadilan perundangan Islam itu apabila ia dilaksanakan...iaitu:

1. Yang Menuduh - perlu bertanggungjawab diatas tuduhannya dengan mengemukakan bukti

2. Yang Dituduh - turut perlu bertanggungjawab menjawab tuduhan tersebut

3. Yang Menuduh - tidak terlepas dari hukuman apabila gagal mengemukakan bukti

4. Yang Dituduh - turut sama tidak terlepas dari menafikan segala tuduhan tersebut

5. Sumpah kedua2nya - tidak menjadi bukti utama keputusan mahkamah dalam pensabitan kes

6. Islam cukup menjaga maruah manusia tidak kira Yang Menuduh atau Yang Dituduh - tiada kompromi, apabila kedua2nya tidak terlepas dari hukuman apabila keputusan sabit atau sebaliknya

7. Keputusan mahkamah
- Yang Menuduh - berjaya mengembalikan hak/maruah atas musibah yang tlh ditimpa @ diaibkan/dihukum jika tuduhannya dangkal
- Yang Dituduh - dihukum atas perbuatannya @ kembali dapat membersihkan nama dan maruah dari tuduhan jengkel itu...

Fuhhh...byk hikmah dan manfaatnya...sungguh indah dapat melihat hukum tuhan tertegak dan dilaksanakan.....Apa2 cerita pun..mari kita khatam bab Aiman Wan Nuzur nie...hehehe..

No comments: