Saturday, August 23, 2008

Pesanan Dari Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan

**Banner pelancaran 'Bln Galakan Solat' Peringkat Daerah Pengkalan Hulu

Alhamdulillah...15hb Ogos yang lalu...pelancaran program 'Bulan Galakan Solat' Peringkat Daerah Pengkalan Hulu dapat dilaksanakan dengan jayanya di Dewan Bandaran Pengkalan Hulu..

Pelancaran julung2 kali ini diadakan dengan serba sederhana kerana ini adalah tahun pertama penganjurannya yang telah dilancarkan di peringkat negeri pada malam 27 Rejab 1429H bersamaan dengan 30hb Julai yang lalu di Dataran Dewan Bandaraya Ipoh oleh YAB MB Perak Dato' Seri Mohd Nizar Jamaluddin..
**Sticker Kereta Sbg Bhn Dakwah

Bagi daerah Pengkalan Hulu ini, ia dilancarkan sendiri oleh Ketua Penolong Pegawai Daerah, Tn.Rumaizi Baharin. Mjls pelancaran kali ini dfokuskan kepada ketua2 jabatan negeri dan persekutuan,anggota kerajaan, ketua2 kampung, pengerusi j/k kariah masjid, para imam dan guru2 KAFA dan semua pemimpin masyarakat.

Sebagai tahun pengenalan, sudah pastinya golongan ini adalah sasaran utamanya...sebagai salah satu usaha menawan hati2 mereka ini untuk diketengahkan ajaran dan galakan solat ini kepada mereka dan seterusnya sudah pastinya kepada orang dibawah mereka menjadi mudah untuk dibimbing...
**Pemimpin utama buat rakyat Perak DR

Berbalik kita pada peringatan Allah SWT dalam surah al-Haj ayat 41 yang berbunyi:

الَّذِينَ إِنْ مَكَّنَّاهُمْ فِي الْأَرْضِ أَقَامُوا الصَّلَاةَ وَآَتَوُا الزَّكَاةَ وَأَمَرُوا بِالْمَعْرُوفِ وَنَهَوْا عَنِ الْمُنْكَرِ وَلِلَّهِ عَاقِبَةُ الْأُمُورِ

Maksudnya: "(yaitu) orang-orang yang jika Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi niscaya mereka mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, menyuruh berbuat ma'ruf dan mencegah dari perbuatan yang mungkar; dan kepada Allah-lah kembali segala urusan."

Begitulah pesanan Allah SWT kepada mereka yang diteguhkan kedudukan di muka bumi ini...Siapa yang diteguhkan itu???..sudah pastilah mereka yang mempunyai kekuasaan...yakni pemerintah dan mereka2 yang berjawatan dalam kepimpinan masyarakat dan ummah...

Tugas utama mereka adalah memastikan solat didirikan, keduanya zakat ditunaikan, dan ketiganya perkara ma'ruf adalah digalakkan manakala kemungkaran mestilah dicegah...
**Iklan Dwi-Bahasa - Islam Untuk Semua

Mari kita sahut galakan dari pimpinan atasan ini...kerana arahannya adalah jua perintah Yang Maha Besar...bagi menuju kejayaan duniawi dan ukhrawi...amin...

**Pamplet 1


**Pamplet 2

No comments: