Friday, February 15, 2008

‘13’ – Angka Kegemaran Pak Lah??!


Umum semua sudah mengetahuai tarikh pertempuran pembuangan undi adalah pada 8hb Mac 2008 bersamaan pada hari Sabtu akan datang..Manakala tarikh penamaan calon adalah pada 24hb Februari 2008 ini iaitu pada hari Ahad. Tarikh penting ini telah diumumkan oleh Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Rashid pada t/hari tadi (14hb Feb ’08). Aku tidak mahu mengulas akan tarikh dan angka tersebut. Tapi isu ulasanku pada hari ini ialah pada angka ‘13’, iaitu angka yang dikatakan kegemaran kepada Perdana Menteri M’sia kita iaitu YAB Pak Lah Badawi.

Pagi 13hb Feb – siaran TV1 pukul 1.30 pagi melalui segmen Warta 1.30 Pagi, aku mendengar jawapan Pak Lah Badawi dari pertanyaan wartawan samada esok (13hb Feb) Parlimen akan dibubarkan atau tidak. Jawapan yang terpancul dari mulut seorang pemimpin adalah tidak akan ada pembubaran Parlimen esok. Tapi t/hari 13hb Feb, aku menerima dengan hati terbuka pembohongan Pak Lah setelah berita pembubaran Parlimen berlaku.

Berita Harian hari ini bertarikh 14hb Feb aku tatapi pada pukul 7.50 malam. Alasan yang dikemukan oleh Pak Lah untuk bubar Parlimen pada 13hb Feb adalah kerana katanya “Saya tidak boleh beri sebarang bayangan mengenai tarikh pembubaran Parlimen kerana YDP Agong belum lagi membuat keputusan, macam mana saya nak buat kenyataan atau memberi isyarat, tak boleh. YDP Agong mesti tahu dan mesti buat keputusan” katanya di sidang media pengumuman pembubaran Parlimen.

Sekali lagi aku perlu nyatakan tidak perlu aku ulas mengenai kenyataannya pada 12hb Feb mengenai apa yang akan berlaku esok iaitu 13hb Feb, ternyata kenyataan dan perkara yang berlaku adalah bercanggah dari mulut dan perlakuan orang yang satu ‘Pak Lah Badawi’. Apa yang pasti ulasanku adalah pada ‘13’ sahaja.

Mengikut Perkara 55 (4) Perlembagaan Persekutuan, p/raya mesti diadakan dalam tempoh 60 hari selepas pembubaran Parlimen. Daripada tarikh pengumuman pembubaran Parlimen iaitu dari 13hb Februari ’08 hingga 13hb April 2008 adalah tempoh 60 hari untuk SPR mengadakan p/raya.

Apa pulak istimewanya 13hb April 2008 bagi Pak Lah???Hahaha….ia adalah tarikh tamatnya tempoh tidak boleh bertanding saudara Dato’ Seri Anwar Ibrahim dalam p/raya...Rupa2nya kita berjaya diputar belitkan oleh perang saraf BN mengatakan tarikh itu tarikh kegemaran Pak Lah. Bila ditanya wartawan mengenai angka ‘13’ ini, Pak Lah menjawab pada pengumuman pembubaran Parlimen tersebut dengan jawapan “Tak payahlah ulas..kegemaran, tak kegemaran yang penting YDP Agong sudah memberi keputusan supaya Parlimen dibubarkan”.

Hahaha....jadi baruku tahu rahsia ‘13’.....angka bagi seorang yang ‘PENGECUT”........ kihkihkih.....sungguh lewat bacaanku dalam berpolitik ini....adeiiii....

9.50 malam – 14hb Feb ‘08

No comments: