Sunday, February 24, 2008

BERITA BAIK!!! HAPUSKAN PINJAMAN PTPTN ANDA PADA 8HB MAC INI…



Ayuh....usah berfikir 2 kali untuk bersama menghapuskan hutang anda dengan pihak PTPTN....jika berfikiran begitu, maka hutang anda akan bertambah saban bulan dan tahun akibat halalnya 3% atas alasan caj perkhidmatan bagi membuka fail, mengeluarkan resit pembayaran anda dan berbagai alasan lagi...Maka kekallah anda penghutang setia bersama PTPTN...

Usah berdebat boleh atau tidak bolehnya membuat pinjaman dengan PTPTN, usah difikirkan untuk mensyariahkan pinjaman pelajaran anda dengan PTPTN, usah difikirkan lagi untuk mengadakan panel syariah dalam urusan PTPTN..dan yang akhirnya usah lagi bertanya kepada UZAR mengenai status pinjaman PTPTN anda...

Anda pasti runsing untuk membayar pinjaman pelajaran anda...buat yang sudah bekerja, slip gaji anda mungkin dicemari dengan pembayaran balik kepada PTPTN...buat yang masih menganggur, rasa ingin membakar saja surat amaran utk membayar balik pinjaman PTPTN...buat yang ingin mengisi borang pinjaman PTPTN, serba salah rasanya utk membebankan diri dengan soal pembayaran balik dan juga soal pengajian yang masih belum dimulakan....

Kini ada pihak sudi menghapuskan hutang pengajian anda yang gagal membayar balik pinjaman berjumlah lebih RM700 juta ...anda cuma ditugaskan untuk memangkah calon Barisan Alternatif (PAS & KeADILan) pada PRU-12 ini pada hari Sabtu bertarikh 8hb Mac ’08. Perkara ini terkandung dalam Manifesto Negara Berkebajikan PAS dalam bil.03.

Sahabat2 yang dirahmati Allah, anda mempunyai tugas agar menghubungi peminjam PTPTN yang terpaksa menanggung hutang dan kos pentadbiran PTPTN yang berjumlah 534,000 orang...dan bilangan yang gagal membayar balik pinjaman telah mencecah 200,000 orang...khabarkan pada mereka berita baik dan gembira ini....Bantulah mereka...seterusnya mampu membantu kewujudan ‘Negara Berkebajikan’...insya Allah.

Buat para peminjam, jangan jadikan diri anda penghutang terhormat yang boleh menyekat jalanan anda ke syurga Allah apabila melalui titian sirat di Akhirat kelak. Anda mampu mengubahnya...kebajikan dunia dan akhirat anda terjamin, insya Allah. Inilah masa untuk berubah....

No comments: