Thursday, February 21, 2008

SITI NOR BAHYAH = MASHITAH



=

Sekarang buat penyokong apa2 label parti ternanti2 calon yang akan diumumkan untuk tugasan memangkah calon tersebut. Aku ke Tapah kelmarin (19hb Feb) atas urusan kerja selepas pulang dari Langkawi. Ketika sesi rehat, aku sempat berbual hal ehwal PRU-12. Berita yang mungkin agak mengejutkan tapi tiada rasa kehairananku adalah khabar penceramah agama popular tanahair masakini iaitu Ustz.Siti Nor Bahyah bakal dicalonkan untuk menentang Datin Seri Wan Azizah yang mewakili PKR di Parlimen Permatang Pauh.

Khabar ini perlu ku pastikan. Hari ini (21hb Feb) aku ke Ipoh atas urusan rasmi kerja ku di sana. Sempat juga berbicara soal ini, khabaran tersebut masih belum mendapat kepastian. Tapi semalam (20hb Feb) di akhbar Berita Harian terpapar wajah selebriti penceramah agama popular satu ketika dulu mendapat title ‘Y.B’, dilimpahi anugerah jawatan menteri lagi...beliau mendapat khabar tidak akan dicalonkan lagi dalam PRU-12 ini.

Rujukan : http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Wednesday/Nasional/20080220002121/Article/

Apa yang ingin ku kaitkan di sini… apakah 2 selebriti ini akan senasib??? Atau ada pihak2 tertentu yg ingin mengambil manfaat dari gaya tarikan 2 selebriti ini mempengaruhi audien... Atau satu ketika nanti mereka akan bergandingan sebagai panel di Forum Perdana terbitan RTM mendendangkan lagu ‘kita serupa’???....hahaha..

Wallahu A’lam..ku masih ternanti2 pengumuman calon yang bakal bertanding di Parlimen tersebut..

No comments: