Friday, February 29, 2008

Plasma Darah Dalam Makanan!!!

Penggunaan darah dalam makanan adalah haram.Tetapi ada juga industri makanan yang gemar menggunakan bahan buangan dalam makanan,iaitu darah dari rumah sembelihan (yang sukar dibuang)turut dikitar semula ke dalam makanan.Protein plasma daripada darah banyak kegunaan dan menjimatkan.Ia mempunyai kemapuan melarut dan mengemulsi yang tinggi,kelikatan yang rendah dan kemampuan untuk membentuk gel-gel yang kuat,mudah melentur dan mengekalkan ciri-ciri tersebut.Ciri-ciri dan keistimewaan ini menjadikannya cukup sesuai untuk dimasukkan ke dalam produk yang disteril atau makanan dalam tin.Selain itu ia juga boleh menambah tekstur dalam daging dan ikan.Serbuk plasma darah digunakan untuk penghasilan produk makanan tiruan seperti bebola ikan,kek ikan,kaki ketam dan udang tiruan.Tinjauan yang dibuat pada tahun 1998 mendapati bahan ini dijual di Malaysia.Serbuk plasma itu dimport dari Amerika Syarikat dan ia adalah protein daging yang menjimatkan kerana mempunyai ciri-ciri pengental,tegar dan kuasa mengkat air yang hebat.

(Sumber: Persatuan Pengguna P.Pinang)

No comments: