Saturday, March 1, 2008
GEAR 5 & POSISI MENYERANG
Sekarang bukannya masa yang sesuai untuk memerhatikan kecantikan alam apabila berada di dalam kenderaan atau menoleh ke belakang melalui side mirror untuk melihat pesaing ketika berada di dalam litar perlumbaan. Sekarang adalah masa untuk memacu kenderaan anda menuju ke garisan penamat.
Begitulah gambarannya parti-parti politik kini ketika menuju ke garisan penentuan yang semakin hampir pada 8hb Mac ini. Bagi para pengempen atau peraih undi masa ini adalah masa untuk menggunakan gear 5 atau dalam erti kata lain apabila berada di medan pertempuran berada di posisi penyerang...
Ketika ini, ku memaksa diri menyediakan sedikit peruntukan masa bagi menyatakan kebenaran. Walaupun ku tahu kelemahan yang ada ini sudah pasti akan dihapuskan oleh gerila Barisan Nasional. Tapi aku masih mempunyai sumber kekuatan iaitu menyampaikan kebenaran. Sudah pasti kebenaran itu adalah datangnya dari Islam.
Walaupun gerila tersebut mempunyai sumber kekayaan dan kekuatan yang dahsyat untuk mempengaruhi audien melalui ucapan2 pembangunan...tapi aku tidak terpengaruh...sudah pasti aku hanya terpengaruh kepada kebenaran...
Jika diimbas kembali kepada sirah perjuangan Nabi SAW, baginda SAW juga tidak mempunyai sumber kekayaan dan kekuatan untuk membantu baginda SAW ketika menyampaikan kebenaran. Majoriti rakyat Makkah terpengaruh kepada cakap2 pembangunan dari Abu Jahal, Abu Lahab, Abu Suffian dan sebagainya dari pembesar Makkah...kerana mereka mempunyai sumber kekayaan dan kekuatan untuk berjanji.
Allah SWT telah menetapkan dalam firmanNya:
وَوَجَدَكَ عَائِلًا فَأَغْنَى
(Dan Dia mendapatimu (Muhammad) sebagai seorang yang kekurangan, lalu Dia memberikan kecukupan.) ~ Ad-Dhuha – 8 ~
Begitulah gambaran dari Allah SWT bagi seorang penyampai kebenaran. Kekurangan sumber kekayaan dan kekuatan tidak menjadi halangan kerana apa yang dikehendaki oleh Allah SWT ialah mahukan semua manusia hanya terpengaruh kepada kebenaran Muhammad, ciri amanahnya Muhammad, ciri kepimpinan yang bersih Muhammad dan bukannya kekayaan dan segala janji2 projek pembangunan.
Oleh itu…marilah bersama gerakkan pemikiran, tenaga, dan segala kudrat bagi menjadikan Kerajaan Beramanah, Adil, Bersih dan Negara Berkebajikan suatu realiti…usahlah bila berhadapan dengan perhitungan Ilahi, pacaindera anda kelu tidak mampu berhujah kerana sikap ketidakpeduliaan anda bagi melakukan sesuatu untuk menyampaikan kebenaran….masa untuk berubah ditangan anda!!!...anda mampu mengubahnya!!!...
Labels:
Isu Semasa
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment