Sunday, March 2, 2008

KEMBALIKAN HAK MELAYU ANDA!!!!

Seruan diatas bukanlah seruan kepada perkauman tapi ia adalah seruan untuk mengembalikan hak yang sudah termaktub di dalam Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 lagi. Hak-hak keistimewaan orang Melayu kini tercatat dan termaktub didalam Perlembagaan Persekutuan.

Setiap rakyat mempunyai hak yang sama rata di sisi undang-undang dan berhak mendapat perlindungan yang sama rata di sisi undang-undang, Inilah yang dikatakan kesamarataan bagi setiap rakyat yang berlindung di M’sia. Namun bagi yang berketurunan Melayu, mereka mempunyai keistimewaan.



Tidak perlu kita imbas kembali kepada sejarah dan soroti perjalanan perjanjian sehingga menjadikan Melayu begitu istimewa di bumi M’sia kini yang dahulunya dikenali sebagai Persekutuan Tanah Melayu. Tahukah anda akan hak keistimewaan anda yang berketurunan Melayu???..,,atau anda hanya mengenali baju melayu saja???!!...seperti gambar di atas….Secara ringkasnya, terdapat 5 perkara yang menjadi pelindung kepada Melayu, iaitu:

1) Mendaulatkan kekuasaan institusi diraja – YDP Agong dan Raja adalah dikalangan Melayu
2) Mana2 tanah rizab Melayu yang telah diwartakan apabila diambil oleh pihak k’jaan atau mana2 pihak hendaklah diganti dengan tanah yang lain
3) Mana2 anak Melayu yang berjaya untuk melanjutkan pengajian hendaklah diberikan peruntukan biasiswa pengajian
4) Jawatan kanan dalam kerajaan hendaklah diperuntukkan nisbah yang tertentu untuk orang Melayu dan bukan Melayu
5) Bantuan ekonomi kepada orang Melayu dari segi mendapatkan dan membolehkan mereka menjalankan aktiviti perusahan dan aktiviti ekonomi lain.

Itulah 5 hak keistimewaan kita. Fokus saya kini adalah pada perkara 3 iaitu bantuan dan peruntukan biasiswa pengajian kepada anak orang Melayu dibidang pendidikan. Setelah 50 tahun k’jaan dari Parti Perikatan kemudian membentuk Barisan Nasional (BN) yang diamanahkan untuk menguruskan kebajikan rakyatnya tentulah pelbagai program kebajikan bagi sektor pendidikan ini.

Tapi ke mana pergi peruntukan biasiswa pengajian bagi anak orang Melayu???...Kenapa perlu ada satu badan yang dibentuk k’jaan bagi menguruskan pinjaman pengajian untuk anak orang Melayu seperti PTPTN???...Adakah kerana dasar penswastaan negara membentuk pendidikan berorientasikan keuntungan???...atau k’jaan yang ditunjang oleh UMNO dari kompenan BN sudah tidak berkemampuan dan berkeupayaan menjamin hak keistimewaan orang Melayu???...

Jika diperhati dalam manifesto BN – ‘Selamat, Aman, Makmur’…tiada ‘ditaip’ perkara ini untuk diusahakan dan dikembalikan hak keistimewaan kepada orang Melayu....malah manifesto Barisan Alternatif (BA) terdiri dari PAS dan PKR menawarkan perkhidmatan kepada orang Melayu malah buat non Melayu juga mampu untuk diberikan biasiswa pengajian kepada seluruh rakyat Malaysia. Inilah bentuk kebajikan yang mampu ditawarkan bagi membentuk ‘Negara Berkebajikan’ yang berpunca dari ‘Kerajaan Beramanah, Adil dan Bersih’...segala apa yang tercatat dan termaktub dalam perlembagaan dan undang2...kanun dan peraturan...akan cuba dijayakan..kerana ia adalah amanah yang dipertanggungkan...maka ia akan djawab di hadapan mahkamah Allah kelak...

M’sia kaya dengan pelbagai sumber kekayaan, maka tawaran yang diberikan adalah satu perkara yang munasabah dan tidak mustahil untuk diadakan...Mungkin anda kini tidak memerlukan kepada biasiswa pengajian ini tapi renungkanlah masa depan anak anda....renungkanlah masa depan cucu anda kelak...di mana kedudukan mereka dibidang pendidikan????....Mungkin anda kini berkemampuan tanpa memerlukan biasiswa pengajian...tapi adakah nasib anda sama dengan anak anda???...adakah sama dengan dengan cucu anda????...

Jadi jangan berlengah lagi!!!...usahalah sekarang untuk masa depan anda….berfikir panjanglah kerana kita dituntut untuk buat begitu...Baginda SAW pernah bersabda yang bermaksud : “Beramallah/Bekerjalah kamu seolah2 kamu hendak hidup selama2nya, dan beribadatlah kamu seolah2 kamu hendak bertemu Allah keesokan hari”....masa untuk berubah demi kemajuan dan kebajikan anak bangsa dan rakyat keseluruhannya ditangan anda kini... realitikan ‘Negara Berkebajikan’ dengan satu pangkahan anda kepada Barisan Alternatif...Pas @ PKR...

Jangan berlengah lagi!!!...keluarlah mengundi...!!!...pada 8hb Mac ini untuk mengembalikan hak anda yang telah dijanjikan dalam perjanjian Perlembagaan Persekutuan....

No comments: