Wednesday, March 19, 2008
Biarkan Mereka Berbalah.....
Selama ini mereka berbangga dengan pakatan jitu dan mesra, mereka berbangga dengan kesepakatan yang dijalinkan, mereka berbangga dengan pembangunan yang diusahakan, mereka berbangga dengan projek dan program yang dijalankan, malah mereka berbangga dengan ungkapan BN = Beri Nikmat....satu ungkapan umpama sudah menjadi tuhan..
Mereka sekian lama dibiar menjadi angkuh dan sombong, malah selepas 8hb Mac dan tibanya sinaran Rabiul Awwal...mereka mula terjaga dari lamunan, ada dikalangan mereka mula sedar, ada yang sudah bermuhasabah, ada yang masih ego, ada yang masih terkial2 mencari sebab dan musabab boleh jadi begini...
Ada yang telah mendapat punca...antaranya ialah salah perhitungan strategi, masalah dalaman yang tidak diatasi, tidak mendengar rintihan dan suara rakyat, membuat keputusan tanpa pertimbangan dan hilangnya unsur2 menjaga kebajikan kepada rakyat dan pelbagai lagi laporan akhbar dan media perdana sejak akhir2 ini....
Bagi diriku...biarkan mereka berbalah, kita sudah berusaha sebelum ini untuk menyedarkan mereka, mungkin tanggal 8hb dan kemunculan Rabiul Awwal adalah salah satu usaha terbesar kita menyedarkan mereka untuk kembali...
Teruskan berdoa Qunut Nazilah seperti di atas, Allah sedang mendengar rintihan dan permintaan kita ketika ini, kejayaan semakin hampir...Ya Allah hancurkan kumpulan mereka, porak perandalah pakatan mereka....
Terjemahan Doa:
Ya ALlah, kami letakkan Kamu dibatang leher musuh kami, dan kami berlindung dengan Mu dari kejahatan mereka, Ya Allah leburkan kumpulan mereka, kacau-bilaukan persatuan mereka, cerai-beraikan pakatan mereka, goncangkan pendirian mereka, hantarkan anjing2 kam ke atas mereka, wahai Tuhan Yang Gagah Perkasa, wahai Tuhan Yang Tuhan Yang Bersifat Murka, Ya Allah 3x, wahai Tuhan Yang Menurunkan Al-Quran, wahai Tuhan Yang Mengarakkan Awan, wahai Tuhan Yang Menewaskan Bala Tentera Ahzab, kalahkan mereka, menangkanlah kami ke atas mereka...amin
Labels:
Coretan De-Rez
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment