Tika ku menaip ini, suasana pejabat telah pun kosong kerana jam sudah menunjukkan 5.09 petang. Mungkin ini coretan terakhir sebelum menunaikan kewajiban membuang undi esok, insya Allah.
Tika dan saat ini hati rasa berdebar, risau dan sebagainya setelah membaca pelbagai berita sensasi di Harakahdaily dan KLpos. Pelbagai maklumat terkini mengenai suasana yang bakal berlaku di Kelantan terutamanya dan Terengganu.
Tapi aku yakin akan suara munajat Tuan Guru dan Rakyat Kelantan dan Pendokong Islam sudah didengari oleh Allah Rabbul A'lamin...dan aku pasti setelah segala kudrat dan tenaga dikerah, segala masa telah diluangkan, segala harta telah diinfaqkan, walau menang atau kalah bkn itu nilaian Allah..tapi usaha ke arah mencintai Islam itu kena dipamerkan...
Ku pegang akan janji Allah, kerana setiap kesusahan kini yang dialami sudah pasti ganjaran kebaikan akan muncul2 kali atau lebih gandaannya bakal diperolehi, sebagaimana firman Allah SWT: فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا ( Karena sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan - An-Nasyrah -5)
Dan firmanNya lagi: ) ثُمَّ بَدَّلْنَا مَكَانَ السَّيِّئَةِ الْحَسَنَةَ حَتَّى عَفَوْا وَقَالُوا قَدْ مَسَّ آَبَاءَنَا الضَّرَّاءُ وَالسَّرَّاءُ فَأَخَذْنَاهُمْ بَغْتَةً وَهُمْ لَا يَشْعُرُونَ
( Kemudian Kami ganti kesusahan itu dengan kesenangan hingga keturunan dan harta mereka bertambah banyak, dan mereka berkata: "Sesungguhnya nenek moyang kamipun telah merasai penderitaan dan kesenangan", maka Kami timpakan siksaan atas mereka dengan sekonyong-konyong sedang mereka tidak menyadarinya - Al-A'raf - 95).
Moga2 kemenangan pada kebenaran dan kesenangan akan muncul selepas 8hb Mac...aku mencari sinar abadi cetusan nabi SAW...
Friday, March 7, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment