Monday, March 17, 2008
Gambar Itu Pernah Menangis Keseduannn….
Manusia itu pernah dikhabarkan dimedia perdana seminggu yang lepas menangis keseduan dan tidak kerauan akibat kehilangan kuasa. Kehilangan kuasa untuk meneruskan jawatan sebagai Menteri Besar Perak, Kehilangan kuasa untuk meneruskan pemerintahan BN di bumi Perak yang bertuah ini. Tidak seperti Tuan Guru menangisnya di hadapan Allah swt untuk mempertahankan Islam daripada diruntuh rejim BN.
Dengan tidak disangka2, BN juga mampu ditumbangkan di bumi Perak ini. Manusia itu dulunya pernah berkuasa menjana segala pembangunan material di bumi ini tidak menyangka taburan pembangunan yang dilakukan oleh konco2nya ini tidak mencukupi untuk ia terus berkuasa.
Dimanakah silapnya???..Kenapa ini terjadi???..Mungkin itu salah satu persoalan diminda manusia itu, sehinggakan manusia itu tidak mampu untuk bersua muka bersama wartawan yang menunggu di rumah rasmi MB Perak dari malam pengumuman keputusan sehingga keesokan pagi. Kesian wartawan2 tersebut, terpaksa bersengkang mata bagi menunggu respon manusia itu akibat kekalahan.
Manusia itu tidak mampu memberi respon. Manusia itu mungkin masih tercari2 sebab dan musabab kekalahan sehingga ia terpaksa mengurungkan diri di rumah rasmi tersebut. Manusia itu tidak pernah mengalami kekalahan, mungkin manusia itu kini sedang belajar untuk mengalami kekalahan dan belajar menanggung akibat darinya.
Selama seminggu aku tidak menulis diruangan blog ini, akibat kesibukan ‘menyantap’ minda dengan perkembangan semasa yang berlaku di bumi Perak tanah tumpah kelahiran ku. Selama itulah manusia itu sunyi dan sepi tanpa perkhabaran. Agak2nya mungkin manusia itu sedang bergembira kerana penggantinya masih belum mengangkat sumpah secara rasmi sebagai Menteri Besar ke-10 untuk negeriku Perak.
Sama ada dia berduka, menangis atau bergembira. Aku tetap menurunkan gambar manusia itu di bilik pejabat aku pada hari pertama aku ke ofis pada 11hb Mac (Selasa) yang lepas. Bagi aku kini, bukannya masalah pada manusia itu, tapi bagi aku ialah simboliknya menurunkan kuasa BN di negeri Perak.
Selamat maju jaya negeriku Perak di bawah pentadbiran baru...
16hb Mac 2008
11.59 p.m
Labels:
Coretan De-Rez
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment