Friday, March 28, 2008

Wasiat Terakhir Rasululullah saw.







1. Sesunggunya darah kamu,harta benda kamu dan kehormatan diri kamu telah terpelihara sebagaimana diharamkan hari ini,bulan ini dan bandar ini (Makkah dan kawasan sekitarnya.)
2. Sesiapa yang memegang amanah,maka dia hendaklah mengembalikan amanah tersebut kepada tuan empunya.
3. Ingatlah segala amalan jahiliyyah telah berada di telapak kakiku (iaitu telah dihapuskan.)
4. Tuntutan hutang darah di zaman jahiliyyah telah diampunkan.Tuntutan darah pertama yang aku batalkan adalah darah Ibnu Rabi’ah bin Al-Haris yang disusukan oleh Bani Saad kemudian telah dibunuh oleh Huzail.
5. Riba adalah haram dan aku memulainya dengan membatalkan riba yang akan diterima oleh Abbas bin Abdul Muttalib.Sesungguhnya ia dihapuskan keseluruhannya.
6. Wahai manusia, takutilah Allah swt di dalam urusan yang berkaitan dengan wanita.Sesungguhnya kamu telah mengambil mereka sebagai amanah daripada Allah swt dan mereka telah dihalalkan kepada kamu dengan kalimat Allah swt.Wajib ke atas mereka untuk menjaga kehormatan kamu dan menjaga diri daripada melakukan perbuatan buruk,jika mereka lakukannya maka kamu berhak untuk menghukum mereka, tetapi tidaklah hukuman yang boleh mencederakan mereka.Jika isteri-isteri kamu setia dan jujur terhadapmu, maka wajib bagi kamu menjaga makan pakai mereka dengan baik.
7. Semua orang mukmin adalah bersaudara,oleh itu tidak halal bagi seseorang muslimmengambil harta orang lain kecuali setelah mendapat kebenaran daripada tuannya.
8. Jangan kamu kembali menjadi kafir setelah pemergianku,di mana sebahagian daripada kamu memerangi sebahagian yang lain.Aku telah tinggalkan untuk kamu suatu panduan,(Kitab Al-Quran dan Sunnah Nabi-Nya)jika kamu berpegang teguh dengan ajarannya,maka kamu tidak akan sesat selama-lamanya.
9. Sesungguhnya tidak ada lagi nabi selepasku dan tidak ada lagi umat selepas kamu.Maka aku menyeru agar kamu menyembah Allah swt,Tuhan kamu dan men unaikan solat lima waktu,berpuasa di bulan Ramadhan serta mengeluarkan zakat hartamu dengan kerelaan.Dan kerjakanlah haji Rumah Suci Tuhanmu,untuk itu kamu akan masuk syurga Tuhanmu.
10. Tuhan kamu adalah Esa,datuk kamu pula adalah satu,kamu semua berasal daripada Adam dan Adam telah dijadikan daripada tanah.Orang yang paling baik di kalangan kamu adalah mereka yang bertakwa kepada Allah swt.Tidak ada kelebihan bagi bangsa Arab terhadap bangsa lain kecuali dengan takwa.
11. Allah swt telah menetapkan hak menerima pusaka kepada keluarga si mati,oleh itu tidak boleh membuat wasiat kepada penerima pusaka.Sesungguhnya laknat Allah swt ke atas sesiapa yang mengaku sebagai bapa kepada bukan bapanya yang sebenar,juga laknat daripada malaikat dan seluruh manusia.
12. Kemudian kamu akan di soal tentang aku,maka apa yang akan kamu jawab? Mereka menjawab, “Kami bersaksi bahawa tuan telah menyampaikan dan menyempurnakan risalahmu.”Baginda saw telah mengangkat tangan ke langit dan menurunkannya ke arah orang ramai sambil berkat. “ Ya Allah! Saksikanlah.” Baginda Rasulullah saw mengucapkannya sebanyak tiga kali.


Rujukan: Makkatul Al-Mukkarramah,Kelebihan dan Sejarah

No comments: