Thursday, March 6, 2008

BN Gerik Terdesakk - Solat Hajat Utk Tan Lian Hoe



Berita yang agak menggemparkan berlaku bagi kawasan Parlimen Gerik. Pertempuran antara calon Gerakan mewakili BN dan calon PAS. Calon BN ialah Datuk Tan Lian Hoe manakala DUN bagi Parlimen Gerik adalah DUN Pengkalan Hulu dan DUN Kenering yang di wakili oleh YAB Menteri Besar Perak, Datuk Tajol Rosli Ghazali dan Dato' Hasbullah.

Mungkin kempen 13 hari masih belum mampu dileraikan oleh YAB Menteri Besar Perak, Datuk Tajol Rosli Ghazali mengenai kemasukan calon bukan Melayu dari Parti Gerakan ke kawasan yang majoriti Melayu hampir 70 - 80%. Mungkin respon penduduk dan ahli BN sudah beralih arah kepada calon PAS dalam PRU-12 kali ini.

Tiba-tiba, satu arahan keluar ber'letterhead' dari Pejabat Agama Islam Daerah Gerik yang bertandatangan Pegawai Tadbir Agama Daerah mengarahkan semua imam dalam kawasan Parlimen Gerik agar mengadakan 'Majlis Bacaan Yaasin & Solat Hajat Untuk Memenangkan Datuk Tan Lian Hoe' pada hari Jumaat ini bertarikh 7hb Mac, selepas solat Jumaat. Arahan ini adalah wajib diikuti.

Tapi malang, surat itu adalah palsu dan difahamkan pihak pentadbiran agama telah membuat laporan polis pada hari ini. Begitulah terdesaknya pihak BN di Parlimen Gerik kini sehingga sanggup menggadaikan Iman dan Islam semata untuk bersama dengan pihak yang belum pasti mampu memandu arah mereka ke arah dasar dan prinsip Islam iaitu keadilan dan amanah. Selain itu sanggup untuk memastikan kemenangan dengan mencemarkan maruah dan meng'halal'kan fitnah atas arahan tersebut kepada penjawat awam yang berkuasa kepada masjid iaitu Pegawai Tadbir Agama Daerah tersebut.

Itulah BN. Umum mengetahui bahawa kawasan Gerik amat sukar ditembusi oleh BA kerana di situ terlalu ramai pengundi pos dari pelbagai kem dan batalion mbagi embantu kemenangan tersebut. Malang sekali, kemenangan yang dicari hanyalah di dunia yang tidak mampu menjadi saksi di akhirat kelak.

Wallahu A'lam

No comments: