Monday, March 17, 2008

Detik2 Kemenangan Yg Sukar Dilupakan


Demam pilihanraya telah pun berlalu,dan 8hb Mac yang lalu merupakan 2nd time saya mengundi.Namun pengalaman sepanjang tempoh berkempen dan saat-saat getir menantikan keputusan pilihanraya baru-baru ini merupakan salah satu memori indah yang sukar untuk dilupakan. It’s very different compared dengan pilihanraya pada tahun 2004 dahulu.Jika pada tahun tersebut saya pulang ke kampung bertemankan kakak untuk menjalankan tanggungjawab, sebaliknya pd 6hb Mac lalu, saya pulang ke kampung bertemankan Iman...hehe..The journey is about 7hrs.Itupun cuaca kurang elok, asyik hujan jer.Seblum naik bas memang macam2 berlegar kat kepala nie..macamana laa nak bwk Iman naik bas nie..risau ler kot2 anything happened,dia menangis ker,x selesa ker..alih2 bila naik bas, dia pulak exited lebih, apatah lagi bila dah jumpa bdk2 lain dlm bas tu..Rata2 yang naik bas hari tu, memang pulang untuk mengundi, ramai bdk2 muda.At first saya memang malas untuk pulang mengundi..apatah lagi bila my hubby suruh naik bas ngan Iman lak blk kg. Lagi lah pressure.. tak nak bila pk ntah apa2 karenah Iman kat dlm bas tu.Sbbnya my hubby mengundi kat Perak, saya lak kat Trg.Masa memula discuss dulu,kami planning nak blk Trg lepas my hubby mengundi.Tapi, at last takut x sempat, manalah tau, jam ker apa2 ker..dia suh lak blk naik bas...Mencabar betulll..sbb bwk si Iman tu.Kalo ikutkan hati saya nie..x kisah lah x mengundi pun, tp my hubby cakap..IT’S COMPULSORY..ayoyo..so..terpaksa ler blk gak kg ‘to accomplish the mission’..hehehe..

Before this, saya nie rasanya tergolong dalam golongan yang buta politik..x byk laa yang saya tau, setakat parti PAS,UMNO,ADIL.. PM ngan Menteri2nyer...tau lerr..tp bila my hubby dok kecoh2 pasal DUN laa..Parlimen laa..Dewan Rakyat ler..Barisan Alternatif laa..dalam kepala saya nie.. ‘ntah apa2 lerr laki saya merepek ni..satu apa pun saya x paham..tp buat2 paham lerr bila dia start ceramah psl politik kat umah,sbb malas nak dgr dia mengulas dengan panjang lebar bila ckap x paham’....konon2 tau lerr..One day, my hubby nie ckp pas mengundi nanti, dia nak g Kelantan.Nak bertakbir plak kat sana, nak tgk camana suasana kat Kelantan tu. Ntah apa2 lerr..tido kat umah lagi bagus..rasa2 saya laaa..Dah xde keje agaknya laki saya nie.Tp sejak kempen2 ari tu, byklah info yg saya tahu, terbukak lah skit minda nie pasal dunia politik.Mana taknya, everyday dok menelaah psl pilihanraya.Terikut jejak langkah suamiku yang sibuk mengempen..dan my hubby merupakan sumber rujukan bila ada kemusykilan.Teringin jugak nak tau bila dia beria2 bercerita itu ini psl pilihanraya..asik2 blk jer kerja , citer2 pilihanraya ler yang menyumbat telinga nie..

8hb ari tu, saya gi ngundi ngan akak & adik, bwk Iman skali..ngundi kat sekolah, kat tingkat 3.Naik2 tangga lak, polis yg jaga kat ting.2 tu panggil, ‘nak g mana dik, sini laa..xde dah kat atas tu’ alamakk..buat muker seposen jerr..kata kat ting.3...
Bila dah siap memangkah dengan begitu bergaya sekali, time nak mskkan dlm peti undi tu..si Iman lak sibuk nak masukkan..bg lerr dia mskkan jugakk..dia pun sibuk nak mengundi.Lega rasanya bila dah tunaikan tanggungjawab tu.Satu kepuasan lahhh..

My hubby lak sampai umah dlm kol 2.00ptg..sibuk menanya kol bape nak g Kota Bharu. Saya sebenarnya malas lerr nak pegi..ntah apa laah yang nak dicarinya kat sana.Adik saya ngan abg ipar pun beria ler nak pegi.Mak lak malas gak nak pegi..Last2..sumer satu family g..ngan 2 keta.bertolak dr umah pas maghrib.Meredah kepekatan mlm tu..semata2 nak g menyambut keputusan pilihanraya di Kelantan..Dlm 45min sampai laa kat KB.Makk aiiiii.....ramainya manusia..
kitaorg lepak kat Stadium Sultan Mohamad IV..meriahnyer...keta2 sumerr bersalutkan benderaa...Semua g kat padang utk dengar announcement.Sampai dkt kol 12 jgk laa..bersila kat padang tu..tp yg bestnya time announcement tu, first time nie..dok kat depan skali, siap pegang2 pagar ...selama nie tgk kat tv jer ,cam org g konsert bergayut kat pagar2..skang kiter lak..bila diumumkan jer PAS menang...ramai2 angkat tangan dan bertakbirr..Allahuakbarrrrrr....ngan Iman skali bertakbir..fuhhh....catat sejarah laa..x penah2 melaluii pengalaman nie..best jgkk test sore kat padang nie..hehehe...Tp mmg terasa bangga laa dengan kemenangan tu, org pun memang ramaii..bila terdgr laungan Allahuakbar tu..bergetar jugak jiwa nie..rasa cam nak nangis jer..rasa satu perjuangan telah berjaya.Moga2 dirahmati Allah swt.Time ahli Parlimen KB yang baru tu bg ucapan..tersentuh jugak bila dengar kata2 dia.. ‘saya harap kemenangan ini tidak di raikan dengan cara mengibar2 bendera, berarak2 di jalan raya, saya harap semua menerima kemenangan ini dengan penuh rendah diri dan ketaqwaan.Kemenangan ini adalah dari Allah swt.’Sebak juga bila dengan kata2 dia..last ucapan dia, suruh semua berkumpul kat Dewan Hj Zulkifli (kalo x silap ler)sbb Tuan Guru Nik Abdul Aziz sedang menunggu di sana. Apa lagi...dah alang2 datang, semua terus berarak ke sana..lebih kurang 10 min..naik keta..rasa2nya time tu dah kol 12.30...

Sampai jer..suasana lagilah ..penuh dengan lautan manusia..subhanallah..berjalan kat celah2 org jerr..semua menantikan Tok Guru turun menemui penyokong2 nya.Sambil2 tu, setiap kali keputusan kat TV memihak kepada BA, satu sorakan akan bergema...Begini rupanya suasana di Kota Bharu..masing2 begitu teruja, bersemangat untuk mempertahankan kepimpinan Islam.Hampir pukul 2.00 pg, saya pun dah x larat nak berdiri, prut pun kosong, mkn tghari jer td,nak cari makn, kedai2 pun sumer dah tutup..x sempat lah nak tgk Tuan Guru..blk dok kat keta.. My hubby ngan adik sempatlah tgk Tok Guru, turun bacakan doa tanda syukur atas kemenangan mempertahankan pemimpinan Islam di Kelantan.Hampir kol 2.30 jgak kami bertolak blk.Dalam perjalanan nie lagilah..sermuanya bertakbir sambil mengibar bendera dijalan raya.Bunyi2 hon silih berganti...rasa seronok pulak dapat bersama2 meraikan kemenangan ini setelah berbagaiii2 dugaan yang ditempuhi,walaupun jauh disudut hati..bilakah takbirr ini akan bergema di negeriku sendiri??? Satu persoalan yang tiada jawapan..Insyaallah..mungkin akan tiba jua masanya nanti....

No comments: