Friday, March 7, 2008

Masa Untuk Tekadkan Pilihan Anda!!!



Berbaki kurang 20 jam lagi masa untuk membuat pilihan. Masih mempunyai masa untuk berbuat pilihan tapi buat yang masih sudah membuat pilihan...masa sekarang adalah masa yang paling sesuai untuk tekadkan pilihan anda...

Pilihan dan tekad anda perlulah sesuai dengan pertimbangan syara'. Biarpun pilihan anda berketurunan Melayu beragama Islam atau berketurunan Cina atau India non muslim...tapi hendaklah pertimbangan pilihan anda berlandaskan syara' yang mahukan keadilan dan kebajikan itu tertegak di atas muka bumi ini khususnya di M'sia ini untuk membentuk satu 'Harapan M'Sia Baru Menuju Negara Berkebajikan'

Sebagaimana seruan khatib2 Jumaat sering membaca firman Allah SWT di bawah ini:

إِنَّ اللَّهَ يَأْمُرُ بِالْعَدْلِ وَالإِحْسَانِ وَإِيتَاءِ ذِي الْقُرْبَى وَيَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ وَالْمُنْكَرِ وَالْبَغْيِ يَعِظُكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُونَ

Sesungguhnya Allah menyuruh (kamu) berlaku adil dan berbuat kebajikan, memberi kepada kaum kerabat, dan Allah melarang dari perbuatan keji, kemungkaran dan permusuhan. Dia memberi pengajaran kepadamu agar kamu dapat mengambil pelajaran. (Surah An-Nahl - 90)

Wallahu A'lam

No comments: