Saturday, March 1, 2008

ORANG LUAR, ORANG ASING


Kecoh puak BN kata PAS dan BA letak calon luar ditonjolkan sebagai calon Parlimen mahupun DUN di kawasan2 tertentu. Contohnya di Kelantan, PAS mengenengah A.F Ustaz Nasharuddin Mat Isa sebagai calon di Parlimen Bachok, saudara Salahuddin Ayub di Parlimen Kubang Kerian, saudara Mohammad Sabu di Parlimen Kuala Terengganu dll lagi.

Usahlah berbalah soal anak tempatan atau calon luar. Usahlah taksub kepada soal kenegerian dan warna kulit. Apabila ini dijadikan asas untuk mengangat seorang manusia menjadi pemimpin maka sudah pasti kebenaran atau al-Haq itu akan terpadam.

Persoalan yang besar ialah menyampaikan al-Haq. Itu tugas yang besar dan berat. Jika kita soroti perjalanan hidup Nabi Muhammad SAW, baginda SAW diangkat sebagai Ketua Pemimpin Madinah adalah berasal dari kota Makkah. Baginda SAW diangkat kerana rakyat Madinah sudah terpengaruh dengan kebenaran Wahyu Ilahi. Tidak timbul soal ia datang dan dilahirkan dimana.

Itulah perbezaan pemikiran dan ideologi parti perkauman dengan parti bersumber wahyu Ilahi…

No comments: