Thursday, February 28, 2008

Monosodium Glutamate (MSG),Serbuk Yang Meragukan??


merupakan sebatian kristal yang berwarna putih yang secara asalnya diperolehi daripada rumpai laut.MSG tidak menambahkan sebarang perisa kepada makanan tetapi hanya mengubah rasa makanan tersebut.Pada hari ini, MSG yang dihasilkan untuk tujuan perdagangan tidak lagi menggunakan rumpai laut,sebaliknya menggunakan kanji sebagai proses bahan asas melalui proses penapaian yang canggih. Pada 10 Januari 2001,umat Islam di Jakarta, Indonesia dikejutkan dengan berita mengenai penghasilan serbuk perisa Ajinomoto daripada enzim berasaskan sumber babi.Berita ini juga mencetuskan rusuhan dan membawa kepada penutupan kilang Ajinomoto dan penahanan tiga orang eksekutifnya. Bahan yang menjadi kontroversi ialah Bactosoytone,sejenis zat makanan bagi pembiakan bakteria untuk dijadikan ibu dalam proses penapaian.Ianya terhasil apabila protein kacang soya dipecahkan dengan menggunakan enzim yang diekstrak daripada pankreas babi.Penggunaannya dalam penghasilan MSG adalah haram keranan dihasilkan daripada sumber yang haram.Sebelum ini,penghasilan Ajinomoto menggunakan enzim yang berasaskan sumber babi tidak pernah didedahkan.Malahan syarikat-syarikat yang memasarkannya dengan melabelkan Ajinomoto sebagai ‘Halal’.Ajinomoto Malaysia menafikan penggunaan Bactosoytone tetapi sebaliknya menggunakan protein sayuran di dalam produk keluarannya.
Tetapi, hakikatnya, MSG boleh menimbulkan pelbagai gejala kesihatan.Itulah sebabnya ia tidak disarankan kepada kanak-kanak.Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah memberi amaran bahawa pengambilan MSG boleh menyebabkan kerosakan otak bayi.Di Malaysia terdapat beberapa jenama MSG, antaranya Ajinomoto,Aji No Takara dan Vedan.MSG juga digunakan secara meluas dalam makanan yang di proses.Malahan dalam sesetengah makanan, ianya tidak di label sebagai MSG,tetapi menggunakan nama-nama lain.Sehubungan dengan itu, para pengguna adalah disarankan meneliti setiap isi kandungan barangan yang hendak di beli. Sebolehnya pastikan ianya bebas daripada penggunaan MSG.

(Sumber: Persatuan Pengguna P.Pinang)

No comments: