Sunday, February 24, 2008

NEGARA KEBAJIKAN vs NEGARA ISLAM



Manifesto PAS telah dilancarkan pada 21hb Feb yang lepas. Malah sebelum pelancaran dan semasa sesi pelancaran juga kecoh dan heboh tentang tawaran yang dikemukan PAS mengenai keinginannya menjadikan Malaysia sebuah negara kebajikan. Media melalui saluran akhbar dan elektronik serta pemimpin negara dan Barisan Nasional menyerang hasrat tersebut. Mereka sebenarnya akur apa yang terkandung dalam manifesto tersebut tapi hujah dan kandungan tersebut datang dari pembangkang maka ia ditolak bulat2.

Tuan-puan boleh perhatikan nanti, mungkin 2 – 3 tahun dan seterusnya kelak, mereka akan cedok dan ciplak apa yang terkandung dalam manifesto tersebut untuk dijadikan program mereka atas dasar perihatin dan pembelaan nasib rakyat. Banyak benda dan perkara yang berjalan kini adalah kerana hasil buah fikiran PAS. Tulisan ini bukan mahu mengupas senarai program tersebut. Kali ini tumpuan adalah pada pemahaman Negara Kebajikan dan Negara Islam.

Kenapa PAS sebelum ini menumpukan kepada penubuhan Negara Islam dan kini hanya fokus menjadikan Negara Kebajikan???...Kenapa dalam manifesto tidak terkandung langsung penubuhan Negara Islam??..Adakah PAS sudah berubah prinsip dan asas perjuangan??..Adakah PAS sudah hilang keyakinan atas usaha penubuhan Negara Islam??..Adakah perjuangan PAS berubah2 dan tidak fokus??...begitulah antara persoalan yang ditimbulkan oleh pelbagai pihak terutama pihak yang menyerang.

Secara mudahnya, inilah diantara unsur dakwah yang dibawa oleh PAS bagi mendekati ummah kepada Islam. Negara Islam yang ingin ditubuhkan oleh PAS dalamnya terkandung pelbagai program kebajikan untuk rakyatnya samada kepada muslim atau non-muslim. Penjenamaan ini amat perlu bagi memastikan produk yang terkandung didekati, difahami, diminati dan seterusnya dibeli dengan cara memangkah Pegawai Pemasaran (calon) tersebut.

Penjenamaan ‘Negara Kebajikan’ amat sesuai digunakan untuk didekati oleh semua kaum. Dapatlah kita menunjukkan segala produk yang terkandung bagi menjaga kebajikan kehidupan mereka di dunia ini. Fokus atau tumpuan utama kepada mewujudkan negara kebajikan ini adalah mempamerkan kepada mereka bagaimana hendak kita tonjolkan pengurusan kekayaan negara dikembalikan kepada ummah dan rakyat jelata melalui pelbagai program kebajikan dan dinikmati secara bersama dan berhemah.

Pendekatan menonjolkan perkara kebajikan ini salah satu ciri yang mampu memudahkan usaha kita untuk mempamerkan pelbagai ciri Islam yang lain lagi kepada mereka. Setelah mereka memahami, maka mudahlah usaha mendaulatkan syariah, insya Allah. Semua perkara ini termaktub dalam Bab 3, Fasal 5 & 6 Perlembagaan PAS (Pindaan 1993). Yakinlah ini juga salah satu usaha mendapatkan keredhoaan Allah..amin.

Wallahu A’lam.

No comments: