Sunday, August 10, 2008

Jom Gi Muktamar PAS Ke 54!!!!....

**Sila klik gambar untuk paparan lebih besar & jelas


Dalam suasana kesibukan kerja yang menghimpit segala aktiviti, dalam suasana politik yang dihiasi dengan pelbagai cerita, onak dan ranjau...dalam suasana mempersiapkan diri menyambut kedatangan 'Kekasih' pada 1 Sept depan....lapangkan masa dan perhatian anda sejenak ke arah 'Muktamar Tahunan PAS Ke-54' yang akan bermula pada hari Rabu ini 13hb - 17hb Ogos di negeri Perak....

Buat sahabat2 yang dirahmati Allah...muktamar kali ini bak kata pepatah adalah 'Sirih Pulang Ke Gagang'...sama2lah kita soroti perjuangan Islam yang didokong oleh satu jemaah yang dikenali sebagai Parti Islam seMalaysia (PAS)...sama2 kita buka lipatan sejarah sebelum penubuhan PAS di bumi Tanah Melayu...ia digerakkan oleh kumpulan yang dikenali sebagai 'Hizbul Muslimin'...

Insya Allah...sebagai anak didik dari Gunung Semanggol pada ketika Dato' Onn Jaafar ia digelarkan sebagai 'Dangerous From Mountain' ini...saya akan cuba melapangkan masa untuk memberi sedikit info untuk dikongsi bersama...

Dengan info ini...insya Allah..sahabat2 akan lebih mengenali perjuangan Islam yang diseru oleh ahli2 dan pimpinan PAS dari dulu, kini dan selamanya...selepas mengenali..harapanku adalah akan timbul pula perasaan sayang dan cinta pada PAS yang menjadikan Tauhid, Syariah dan Akhlak sebagai perjuangan menuju kebahagian dunia dan akhirat...



Untuk maklumat lanjut mengenai muktamar...sila klik blog ini..terima kasih.

1 comment:

Olá sou Adrielle, mãe, mineira, casada e apaixonada pela vida. said...

Quando um sorriso
sai da minha face,
sem pedir permissão.
Trato de colocar de volta,
com um belo pôr do sol.