Monday, April 21, 2008

Ada apa dengan Pisang???


Apa yang selalu kita dengar , pisang boleh mengelakkan sembelit.Tetapi ramai antara kita yang tidak menyedari bahawa pisang boleh dijadikan pelengkap menu.Pisang mengandungi sumber potassium dan mnegandungi sodium rendah yang ampuh untuk mengurangkan risiko tekanan darah tinggi dan strok.Sebiji pisang bersaiz sederhana dikatakan mengandungi 350mg potassium dan 140mg sodium.Pisang juga rendah lemak dan kolesterol.Potassium sangat diperlukan dalam keaktifan otot jantung.Semakin tinggi kadar potassium,maka risiko untuk terkena serangan jantung dan otot semakin rendah.Gula yang terkandung di dalam pisang juga mudah dihadamkan dan menjadi sumber tenaga kepada tubuh badan kita.Pisang juga merupakan sumber vitamin B6 dan penting bagi penghasilan serotinin di dalam otak.Selain itu, ia juga mengandungi karbohidrat,karotin dan vitamin C.

No comments: