Thursday, April 3, 2008

Dajal Mata Satu




Menurut sebuah hadis Nabi Muhammad Saw, Dajal lahir daripada seorang wanita yang dilahirkan daripada perbuatan zina antara mahram dan seorang lelaki yang juga dilahirkan daripada perbuatan zina antara mahram.Ketika mereka melakukan persetubuhan,syaitan ikut sama mencampuri wanita peyembah berhala itu lalu lahirlah seorang kanak-kanak lelaki.Diantara ciri-ciri dajal ialah mata kanannya tidak dapat melihat kerana tertutup oleh selapis daging tebal dan diantara kedua matanya terdapat tulisan 'kafir'.Didalam hadis riwayat al-Tirmidzi,nabi berkata bahawa dajal berambut kerinting dan berkulit merah.Dia memiliki kekuatan dan kekusaan yang luar biasa.Dalam waktu yang singkat iaitu selama 40 hari, dia mampu menguasai dunia kecuali Makkah dan Madinah.Dajal juga amat mahir dan berpengetahuan tinggi tentang alam , sehingga ramai orang yang akan tertipu oleh ketinggian ilmunya sehingga ada yang menyangka bahawa dialah Tuhan.Semua nabi dan rasul telah diperintahkan oleh Allah swt untuk mengingatkan kaumnya terhadap bahaya dajal.Rasulullah saw pernah menyebut tentang dajal di khalayak ramai. "Benar,aku memperingatkan kamu agar berhati-hati dengan dajal.Setiap nabi pasti memperingatkan kaumnya tentang dajal.Nabi Nuh as telah memperingatkan kaumnya,namun aku akan beritahu kamu tentang Dajal yang belum pernah diberitahu oleh seorang nabi pun kepada kaumnya.Kamu perlu tahu bahawa sebelah mata dajal buta dan bahawa Allah swt tidak buta mataNya.Nabi Muhammad saw selalu berdoa kepada Allah swt agar terlindung daripada fitnah dajal.Doa itu dibaca oleh baginda dalam tahiyat sebelum mengucapkan salam pada setiap solat.Solat itu didasarkan pada hadis Anas dan Abu Hurairah,Aisyah,Ibnu Abbas,Saad bin Abi Waqqas dan Amr bin Syuaib iaitu, "Ya Allah,Sesungguhnya kami berlindung kepada Mu daripada seksaaan api neraka,daripada fitanh kubur ,daripada fitnah kematian dan kehidupan dan daripada fitnah al-masih al Dajjal.Ada pelbagai tafsiran mengenai dajal,tetapi yang jelasnya ia merupakan satu peringatan kepada umat Islam agar berwaspada kerana pembohongan dan penipuan akan bermaharajalela dan kiamat semakin hampir.

2 comments:

jek said...

apakah yg diertikan dajal bermata satu....? Adakah ia sdg berada dihadapan kamu....pilihlah yg kiri ataupn kanan....

jek said...

apakah yg diertikan dajal bermata satu....? Adakah ia sdg berada dihadapan kamu....pilihlah yg kiri ataupn kanan....