Tuesday, April 8, 2008

SB Memburu Maklumat Dariku


Dua minggu lebih aku tak menulis diruangan blog ini akibat kesibukan dan kesakitan badan menyelubungi diriku. Alhamdulillah semuanya dapat diharungi secara yang terbaik untuk diriku mengatasi rutin tugasan dan ujian masalah tersebut.

Dalam mengisi kesibukan rutin tugasan tersebut bagi menjayakan amanah melaksanakan ‘Expo Gaya Hidup Muslim’ anjuran jabatan ku bersama ngo’s Islam iaitu JAMA’IY dan PAKSI bersama pejabat2 pentadbiran di daerah yang bakal berlangsung pada 25-27hb April 2008 ini, insya Allah.

Pengisian expo tersebut mempunyai 5 segmen utama iaitu: 1) Wacana Ilmiah, 2) Hiburan Alternatif, 3) Bazar Muslim, 4) Permainan Sukan & Pertandingan Rakyat & 5) Galeri Hidup Muslim. Itulah segmen utama dalam pengisian expo tersebut yang bertemakan ‘Cintai Islam & Hidupkan Amal Islami’. Tujuan expo pulak bukan berhadafkan dan bermotifkan komersial tapi bertujuan mendapatkan keredhoaan Ilahi, insya Allah.

Untuk pengisian setiap segmen utama tersebut pelbagai acara dan slot sedang diusahakan. Antaranya pengajian khatam kitab (40 hadis asas2 Islam), pengajian bacaan, taranum & kemukjizatan al-Quran, hijab gaya hidupku, anda bijak jauhi zina dan forum perdana berahli panelkan Y.B Ahli Parlimen Baling dan Y.B Ahli Parlimen Parit Buntar, insyaallah,

Manakala untuk pengisian hiburan alternatif pulak diisi oleh personaliti terkenal Astro Oasis Us.Akil Hayy selaku Duta Expo Gaya Hidup Muslim. Untuk acara penangguhan expo ini di daerah ini pihak urusetia sedang berusaha membawa YAB MB Perak. Confirmation belum lagi dapat dari pihak pejabat YAB MB Perak tapi pihak kami selaku urusetia sudah mewar-warkan kedatangan YAB MB Perak sebagai daya tarikan orang ramai ke expo tersebut.

Akibat dari itu, pihak SB (Special Branch) – Unit Khas IPD telah menghantar orangnya ke pejabat aku semalam (4hb April) untuk mendapatkan maklumat mengenai expo ini dari ‘anak buah’ pejabat aku pada ketika aku tiada di opis untuk ke Ipoh menghadiri mesyuarat penting.

Aku sudah mengesyaki bahawa pihak tersebut sedang berusaha mengumpulkan maklumat exco anjuran pejabat aku ini. Maka hari ini (7hb April) pihak SB sekali lagi berusaha mendapatkan maklumat dari staff pejabat aku, alhamdulillah anak buah terus menyambungkan talian telefon tersebut terus ke bilikku.

Pihak tersebut alah2 malu bertanya pada ku untuk mendapatkan kepastian sama ada YAB MB Perak datang ke tapak expo kelak…aku mengatakan ia sedang diusahakan…soalan balas aku utarakan…kenapa??...jawapan yg diberi adalah jawapan boleh dikelaskan ‘bodoh’ bagi dariku…untuk berikan kawalan keselamatan jika YAB Nizar datang…

Pihak SB nak berikan kawalan keselamatan???..untuk mendapatkan kawalan keselamatan, pihak urusetia dan j/kuasa expo sudah ada Polis untuk berikan kawalan keselamatan.

Mesyuarat menjayakan expo ini aku boleh dan sudah mintak bantuan polis untuk berikan kawalan keselamatan…tidak perlu aku minta SB…aku pasti ini adalah satu tugasan dan arahan dari UMNO atau BN atau Kementerian.Keselamatan….yang sudah pastikan mereka mengklasifikasikan bahawa YAB MB Perak ini seolah2 sebagai seorang ‘penjenayah’….pergerakannya perlu dipantau…

Itu satu perkara, bukan itu saja anjuran dari pejabatku mendapat perhatian dari SB, malah anjuran program yang lain2 turut disertai dan dipantau oleh puak2 SB…hendak dikatakan ‘barua’…mungkin iyer jugak…

Kuncu2 aku berdakwah di perkampungan orang asli bersusah payah mereka menelifon aku mendapatkan maklumat…sedangkan puak2 kristian berdakwah tidak langsung dipantau oleh mereka…kalo begitulah tugasan puak SB nie…usah dibuat Jabatan Agama Islam…kerisauan ‘barua’2 ini jika kuncu2 ku berdakwah Islam sambil diselit PAS…

Tapi yang pasti…Expo Gaya Hidup Muslim akan aku usahakan ianya berlangsung, insya Allah…aku akan cuba mengambil peluang berkerajaankan Pakatan Rakyat ini melaksanakan segala perkara yang terbatas sebelum ini direalisasikan pada kali ini, doa2kan…

No comments: