Wednesday, April 9, 2008

Tomato Pencegah Kanser



Buah Tomato kaya dengan vitamin A,B1 dan C.Ianya mempunyai khasiat tersendiri termasuk membantu mencegah pelbagai penyakit.Warna merahnya berasal daripada sebatian semulajadi yang mempunyai kebaikan aktiaoksidan.Selain itu,ia juga dapat membantu mengurangkan risiko penyakit jantung dan kanser.Hasil kajian menunjukkan bahawa kandungan 'likopena' amat tinggi di dalam sos dan jus tomato.Ketika memasak, kita disarankan tidak memasaknya dengan menggunakan minyak yang banyak dan tidak terlalu lama bagi mengelakkan kehilangan zatnya.Aktioksidan yang terdapat pada tomato bukan sahaja dapat mengurangkan risiko penyakit kanser, malahan mampu melindungi sendi-sendi terutamanya lutut dari risiko osteroartritis.Tomato turut membekalkan lebih kurang 40 peratus daripada keperluan harian vitamin C.Kepentingan vitamin C adalah untuk sistem pertahanan badan supaya dapat berfungsi dengan baik.Tomato juga bersifat alkali yang membolehkannya menjadi pengimbang badan akibat kerap mengambil makanan yang bersifat asid.Berlebihan asid akan menyebabkan sakit kepala,keletihan,susah tidur,sakit sendi dan sakit-sakit otot.Badan mempunyai kemampuan sendiri dalam mengimbangkan pH,asid dan alkali melalui buah pinggang dan paru-paru.Pengambilan tomato dapat membantu mewujudkan keseimbangan ini.Ia boleh dimakan mentah atau dimasak sebentar bersama hidangan lain.






No comments: