Peristiwa nie 2 bulan yang lepas...iaitu pada 26hb April yang lalu...pada penganjuran'Ekspo Gaya Hidup Muslim Peringkat Daerah Hulu Perak' dari 25 - 27hb April 2008 lalu..di Pengkalan Hulu..
Pada penganjuran tersebut diadakan slot 'Mari Mencuba' iaitu untuk acara memanah dan juga menyumpit...aku pun tidak ketinggalan untuk mencuba 2 acara tersebut...penganjuran kali ini amat istimewa kerana di Pengkalan Hulu ini terdapat Pusat Latihan Memanah Negeri Perak bertempat di SMK Tun Saban...
Memandangkan kali ini ia di'open'kan untuk orang ramai...jadi aku mengambil peluang mempelajari satu sunnah dari ajaran Nabi Muhammad SAW...rupa2nya tidak semudah mata memandang untuk mempelajari ajaran ini...padan ler Nabi SAW menyuruh kita untuk mempelajarinya...sebagaimana sabda baginda SAW yang bermaksud:
"Ajarilah anak2 kamu dengan berenang, memanah dan mar'atul maghzal(tenun pakaian)" - riwayat al-Baihaqi.
Sukarnya pada membina kekuatan menarik tali tersebut...kekuatan tangan yang kena diluruskan...kekuatan minda, fokus dan perhatian perlu diselaraskan...percaturan ke atas faktor angin dan keadaan sekeliling perlu juga diambil kira....itulah antara faktor kenapa Nabi SAW berseru agar ummatnya mempelajari ilmu tersebut...
Mana tidaknya...cubaan pertama aku sasarannya adalah ke tanah...hahaha....cubaan yang ke-5 baru menuju sasaran ke bulatan kuning....dapat ler aku hadiah berupa setin air...baru ku tahu betapa sukarnya amalan sunnah ini...dan baru ku tahu betapa pentingnya seruan Nabi SAW itu dibuat untu kalangan ummatnya...soalnya kini timbul...adakah kita masih perihatin atau memandangnya sebelah mata pada sunnah tersebut yang kini dijadikan salah satu acara sukan untuk dipertandingkan....
Tapi...agak malang buat pelajar Islam berketurunan Melayu...sudahlah tempat SMK Tun Saban telah diiktiraf sebagai Pusat Latihan Memanah Negeri Perak yang melahirkan atlet kebangsaan Muhammad Marbawi Sulaiman...tapi menurut tenaga pengajar di sekolah tersebut...pelajar selain Melayu beragama Islam adalah ummat yang tidak minat mempelajari ilmu memanah tersebut....kebanyakkan adalah pelajar berketurunan siam dan cina..Mereka hanya berminat menunjukkan kekuatan dengan mengangkat tayar depan motor...
Begitulah respon mudah dari tenaga pengajar di sekolah tersebut sambil menghulurkan kepada aku risalah tentang kelebihan memanah dalam agama kita...perbualan ringkas tersebut menimbulkan pelbagai persoalan dan perancangan difikiranku..kesimpulannya.. perlu ditampilkan sunnah dalam setiap bidang yang diceburi walaupun ia sukar diterima...
No comments:
Post a Comment